Page 63 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 63
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah
UNIT PEMBELAJARAN 1 KELUARGA SAYA
AKTIVITI 3 Peraturan dalam Keluarga Masa: 1 Jam
STANDARD PEMBELAJARAN / PENGUKURAN
Isi pembelajaran 2.2 darjah 1/2 Dapat menyatakan peranan, hak dan tanggungjawab
dalam keluarga dan sekolah.
TUJUAN UNTUK PELAJAR
1. Memahami dan mengutamakan peraturan dalam keluarga.
2. Menganalisis hasil kepatuhan peraturan sebagai ahli keluarga.
3. Mematuhi peraturan dalam keluarga.
CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI
1. Pelajar melihat gambar yang menunjukkan kelakuan pelajar yang tidak mengikut
peraturan rumah dan sekolah seperti tidak memberi perhatian semasa belajar dan bangun daripada
tidur lewat. Paparkan 3 keping gambar. Kemudian pelajar dijemput secara rawak untuk
memberikan pandangan terhadap setiap gambar tersebut.
2. Pelajar bersama-sama menjawab persoalan:
2.1 Bagaimanakah perasaan pelajar sekiranya adik bermain mainan dan tidak
mengemas dengan betul?
2.2 Bagaimanakah perasaan pelajar sekiranya rumah kotor dan barang-
barangan tidak dikemaskan dengan betul?
2.3 Bagaimanakah cara penyelesaian sekiranya kakak atau abang tidak mencuci
pinggan dengan alasan tugasan sekolah belum selesai?
3. Pelajar melihat gambar atau menonton klip video bertajuk Mengajar Saya
Mempunyai Adab dan kemudian buat kesimpulan berkaitan kepentingan peraturan dalam keluarga.
47