Page 128 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 128

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah


               UNIT PEMBELAJARAN 2                 SEKOLAH SAYA


               AKTIVITI 6            Menghormati Hak

               AKTIVITI 6.2          Hak Saya, Hak Anda           Masa:   1     Jam


               STANDARD PEMBELAJARAN / PENGUKURAN

                       Isi pembelajaran 2.1 darjah 2/4 dapat menghormati hak dan kebebasan orang lain.


               TUJUAN UNTUK PELAJAR


                       1.     Memahami dan menghargai kepentingan penghormatan hak sendiri dan orang
               lain.


                       2.     Menghormati hak sendiri dan orang lain.

               CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI


                       1.     Guru menyuruh pelajar main peranan dengan berlatih bersama-sama 3 orang

               pelajar mengikut situasi simulasi.

                              1.1    Pelajar yang pertama (no.1) dan pelajar yang kedua (no.2) berdiri teratur

               dalam barisan untuk menghantar kerja kepada guru.

                              1.2    Pelajar yang ketiga (no. 3) keluar dari tempat duduknya dan berjalan ke

               hadapan pelajar yang pertama (no.1) untuk menghantar kerja kepada guru.

                              1.3    Pelajar yang kedua (no.2) menunjukkan rasa tidak puas hati apabila dilalui

               oleh kawan untuk mengatasi barisan.


                       2.     Guru membenarkan pelajar yang dipotong barisan dan pelajar yang memotong
               barisan meluahkan perasaan


                       3.     Guru menerangkan kesimpulan kaitan dengan menghormati hak diri sendiri dan

               orang lain.

                       4.     Pelajar mempelajari tentang menghormati hak diri sendiri dan orang lain melalui

               permainan game Bingo dalam Kertas Aktiviti 6.2.1: Peraturan Bermain Game Bingo.






               112
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133