Page 7 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Atas
P. 7

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi  Manusia •Tahap Sekolah Rendah Atas



               Suruhanjaya  Hak  Asasi  Manusia  Nasional  telah  memeterai  perjanjian  kerjasama  dalam
               menggalakkan  hak  asasi  manusia  dengan  Kementerian  Pendidikan  untuk  bersama-sama

               menghasilkan Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia . Buku ini
               berperanan  sebagai  panduan  dalam  pengurusan  pembelajaran  hak  asasi  manusia  untuk

               meningkatkan kualiti pelajar.


                       Bagi  mencapai  matlamat  tersebut,  suatu  jawatankuasa  telah  dibentuk  melibatkan  ahli
               Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, para guru, pensyarah dan pegawai dari Kementerian Pendidikan,

               pensyarah dari Institut Hak Asasi Manusia dan Pendidikan Keamanan, Universiti Mahidol serta
               wakil  dari  Yayasan  Friedrich  Nauman  Thailand.  Jawatankuasa  ini  bertanggungjawab

               menyediakan Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia  yang

               akan digunakan sebagai garis panduan dalam pengurusan pembelajaran hak asasi manusia untuk
               meningkatkan kualiti pelajar berdasarkan kurikulum teras pendidikan asas 2551 Be. (2008 M.).

               Pembelajaran hak asasi manusia ini akan diselitkan dalam mata pelajaran kajian sosial, agama dan
               budaya daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah bawah dan

               sekolah menengah atas. Pendidikan mengenai hak asasi manusia turut akan dimasukkan dalam
               aktiviti  pembelajaran  dalam  kurikulum  Pendidikan  Prasekolah  (Awal  Kanak-kanak)  2560  Be.

               (2017 M.). Proses penyediaan buku panduan ini terdiri daripada beberapa tahap bermula dengan

               pertemuan bersama untuk mengumpulkan pandangan dan buah fikiran. Hasil pandangan tersebut
               seterusnya dibentangkan dan dilakukan penambahbaikan. Beberapa buah bengkel juga diadakan

               untuk mendengar pendapat dan cadangan daripada para guru, pensyarah serta semua pihak yang
               berkepentingan bagi menyusun dan melengkapkan buku panduan tersebut sebaik mungkin. Usaha

               ini  diharap  dapat  menjadikan  kanak-kanak  dan  remaja  sebagai  sumber  kekuatan  yang  akan

               memajukan negara pada masa hadapan. Generasi akan datang yang dididik dengan asas hak asasi
               manusia diharapkan mempunyai  pengetahuan,  pemahaman dan kesedaran  dalam menghormati

               maruah manusia, mempercayai kesaksamaan manusia tanpa diskriminasi, mempercayai hak dan
               kebebasan  individu  dan  memperlakukan  individu  lain  sebagai  rakan  sesama  manusia  dengan

               berpegang pada hakikat perbezaan. Prinsip-prinsip yang terdapat dalam Perisytiharan Hak Asasi

               Manusia  Sejagat  ini  walaupun  berasal  dari  Barat  sebenarnya  selaras  dengan  nilai-nilai  baik
               masyarakat Thailand seperti sifat kasih sayang, kemurahan hati, suka berkongsi, dan bersatu padu

               yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian mereka.



                                                                                                            5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12