Page 5 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Atas
P. 5
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Atas
PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG
“Di tempat yang kecil berhampiran dengan rumah, teramat kecil dan dekat sehingga
tidak dapat dilihat dalam peta dunia. Tempat yang sangat kecil itu bagai dunia milik
seorang individu yang merupakan tempat tinggal, sekolah, atau universiti untuk
seorang individu belajar; kilang, ladang atau pejabat-pejabat untuk bekerja. Ini
adalah tempat di mana setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak mencari keadilan,
peluang dan maruah yang sama tanpa diskriminasi. Sekiranya hak-hak ini tidak
bermakna di tempat itu maka hak-hak ini akan mempunyai peranan yang kecil di
tempat-tempat lain. Sekiranya warganegara tidak saling membantu antara satu
sama lain dalam melindungi hak ini di tempat mereka maka sia-sia mereka untuk
membina kemajuan dalam dunia yang lebih besar lagi.”
Pernyataan tersebut diungkapkan oleh Puan Eleanor Roosevelt, isteri bekas Presiden Amerika
Syarikat, Franklin D. Roosevelt semasa Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Dalam sesi
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggotai oleh 48 buah
negara dari seluruh dunia termasuk Thailand telah meluluskan resolusi untuk mengiktiraf
Perisytiharan Hak Asasi Manusia pada 10 Disember 2491 Be. (bersamaan 1948 M.). Hal ini
merupakan titik permulaan selepas Perang Dunia Kedua berakhir yang memperlihatkan negara
anggota PBB dari seluruh dunia telah bersatu meluluskan satu dokumen bersejarah, bertujuan
melindungi hak asasi manusia bagi warganegara sedunia.
Dalam dunia ini, kita hidup berdasarkan kepelbagaian. Tidak kira bangsa, agama, bahasa
atau budaya, kita mungkin mempunyai fikiran, kepercayaan, taraf, paras rupa dan fizikal yang
berbeza. Justeru hal ini bukan suatu masalah sehingga menimbulkan kebimbangan bahawa kita
harus berpecah belah. Sekiranya situasi kepelbagaian ini dianggap semula jadi maka semua dapat
hidup bersama dalam kedamaian. Oleh itu kita harus berpegang teguh pada nilai “Hak Asasi
Manusia” yang merupakan moral antarabangsa yang terdiri daripada empat prinsip asas. Prinsip-
prinsip tersebut bertujuan agar manusia harus bertoleransi antara satu sama lain dalam empat
perkara iaitu:
1. Menghormati maruah manusia.
2. Keyakinan terhadap persamaan seseorang individu tanpa diskriminasi.
3