Page 6 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Atas
P. 6

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi  Manusia •Tahap Sekolah Rendah Atas


                       3. Kepercayaan terhadap hak dan kebebasan seseorang individu.


                       4. Memperlakukan seseorang individu lain sebagaimana sesama manusia.

               Empat prinsip asas hak asasi manusia ini juga merupakan prinsip penting dalam Perisytiharan Hak

               Asasi Manusia Sejagat yang perlu dipelajari dan difahami bersama oleh manusia. Penghayatan ini
               akhirnya membawa kepada penerapan dan penciptaan budaya penghormatan terhadap hak asasi

               manusia serta menerapkannya dalam kehidupan masing-masing. Para guru khususnya memainkan

               peranan  sangat  penting dalam membina asas  yang kukuh dalam masyarakat  dengan  mendidik
               anak-anak dan remaja untuk belajar dan menyedari nilai hak asasi manusia melalui penerapan

               pembelajaran, aktiviti pendidikan dan kehidupan harian.

                       Oleh itu, kepentingan dalam menggalakkan hak asasi manusia adalah selari dengan prinsip

               universal.  Perlembagaan  Kerajaan  Thailand  2560  Be.  (2017  M.)  telah  memperuntukkan
               penubuhan  sebuah  organisasi  bebas  iaitu  Suruhanjaya  Hak  Asasi  Manusia  Nasional  yang

               berperanan dan mempunyai kuasa penting di bawah Akta 247 (5) dalam meningkatkan kesedaran

               semua  lapisan  masyarakat  terhadap  kepentingan  hak  asasi  manusia.  Suruhanjaya  tersebut
               mempunyai tugas dan kuasa mengikut undang-undang perlembagaan mengenai Suruhanjaya Hak

               Asasi  Manusia  Nasional  2560  Be.  Akta  27  (1),  (2)  dan  (3)  memberi  peruntukan  dalam

               membangkitkan,  menyokong  dan  bekerjasama  dengan  seorang  individu,  agensi  kerajaan  dan
               swasta untuk mengkaji, menyebarkan pengetahuan dan meningkatkan kekuatan hak asasi manusia,

               membangkitkan,  menyebarkan  kepada  anak-anak,  remaja  dan  masyarakat  umum  untuk
               mewujudkan hak asasi manusia masing-masing yang sama dan menghormati hak asasi orang lain

               yang mungkin berbeza dalam budaya, tradisi, kehidupan dan agama.

                       Sehubungan  itu,  Suruhanjaya  Hak  Asasi  Manusia  Nasional  sebagai  badan  yang

               bertanggungjawab  terhadap  hak  asasi  manusia  kebangsaan  di  sisi  perlembagaan  telah  melihat

               keperluan untuk menggalakkan perkembangan hak asasi manusia dalam kalangan rakyat. Antara
               usaha untuk menggalakkan hak asasi manusia adalah dengan segera mengadakan garis panduan

               secara sistematik mengenai hak asasi manusia di institusi pendidikan di seluruh negara. Hal ini
               boleh  dilakukan  melalui  kerjasama  dengan  Kementerian  Pendidikan  yang  bertanggungjawab

               terhadap  30,000 institusi pendidikan  dan mempunyai  lebih daripada  400,000 kakitangan  yang

               berfungsi untuk menyokong serta memberikan pendidikan asas kepada lebih daripada 7,000,000
               orang  pelajar  di  negara  ini.  Oleh  itu,  Suruhanjaya  Hak  Asasi  Manusia  Nasional  dari  Pejabat


               4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11