Page 128 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Atas
P. 128
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Atas
“Wahai Nenek, jika Ploi belajar hingga tamat universiti itu baik juga. Saya akan dapat bekerja
dengan gaji yang tinggi dan dapat jaga Nenek. “
Wajah nenek bersedih dan bercakap dengan Ploi dengan suara yang rendah.
“Nenek akan berusaha mencari wang lebih banyak untuk menghantar Ploi ke sekolah.”
Sebelum Ploi berpeluang melanjutkan belajar pada tahap sekolah menengah kelas 1 ,
Nenek tiba-tiba jatuh sakit. Doktor itu berkata, “Nenek menderita kelemahan otot.”
Doktor menerangkan gejala utama penyakit ini iaitu akan ada masalah dengan pergerakan, mesti
terpaksa tidur di rumah dan tidak boleh bekerja, Ploi menangis kerana dia tidak tahu apa yang
harus dilakukan. Peluang untuk kembali belajar di sekolah tidak ada lagi. Kadang kala jiran
membawa makanan beri kepadanya. Ploi terpaksa pergi bekerja di sebuah restoran, pemilik kedai
memberi upah kepada Ploi 100 baht sehari, yang sangat sedikit, tetapi Ploi terpaksa bekerja untuk
cari pendapatan untuk memberi makan kepada nenek.
111

