Page 100 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 100

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


                           diberi peluang balik untuk penukaran barang kali kedua dengan masa 2 minit sekali

                           lagi.
                   3.  Guru  mengarahkan pelajar  yang  berlakon  sebagai  pengguna  mengira  duit  yang

                       didapatinya dan pelajar yang berlakon sebagai pengilang juga mengira markah yang
                       didapati oleh kumpulan mereka.

                   4.  Guru menyuruh kumpulan yang mendapat duit dan markah paling banyak tampil ke

                       hadapan untuk membentang tentang cara yang dilakukan sehingga kumpulan mereka
                       mendapat duit dan markah paling banyak.

                   5.  Guru  membentangkan  kad  semua  pengilang  untuk  memperlihatkan  perbezaan
                       kemampuan dalam memproses produk pada setiap kumpulan. Kemudian dibincangkan

                       bersama tentang  perbezaan tersebut, bagaimanakah akan membawa kesan kepada

                       pengilang dan pengguna? Dalam keadaan yang sama juga guru mengaitkan adakah
                       polisi kerajaan yang telah ditetapkan memberi kesan dalam persaingan dalam pasaran

                       atau tidak?
                   6.  Guru  membentang lagi  tentang  jumlah  duit  yang  didapati pada setiap  kumpulan

                       pengguna, untuk memperlihatkan perbezaan kemampuan dalam pembelian. Kemudian
                       dibincangkan  bersama  tentang  kesan  yang  akan  berlaku  apabila  didapati  jarak

                       perbezaan pendapatan dalam kalangan pengguna, serta penentuan harga barang yang

                       ditetapkan pengilang dan harga yang adil.
                   7.   Guru menerangkan lagi tentang undang-undang perlindungan pengguna yang dapat

                       diguna pakai dalam kehidupan harian.


               Tahap Kesimpulan Aktiviti (10 minit)


               Guru dan pelajar berbincang sama-sama tentang ketidakadilan dalam sistem pasaran yang akan

               memberi kesan kepada penggunaan pengguna.


                 ABM DAN SUMBER PEMBELAJARAN

                   1.  Kad pengganti duit untuk pengguna, terdiri daripada:
                        -  Kad 5,000 bath berjumlah 7 keping;

                        -  Kad 1,000 bath berjumlah 72 keping;

                        -  Kad 500 bath berjumlah 60 keping;
                        -  Kad 200 bath berjumlah 70 keping.

                   2.  Aktiviti 7.1 Kad kata yang menunjukkan barang untuk pengilang, berjumlah 8 keping.

                                                                                                        88
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105