Page 82 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Atas
P. 82
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Atas
4. VIRUS RSV ATAU PENYAKIT JANGKITAN SALURAN PERNAFASAN DARI
VIRUS (RSV)
RSV adalah penyakit berjangkit yang mempunyai gejala seperti selesema tetapi kadang-kadang
boleh menyebabkan gejala yang teruk membawa kepada radang paru-paru. RSV adalah virus yang
menyebabkan jadi penyakit dalam sistem pernafasan, terutama pada kanak-kanak. Beberapa gejala
virus RSV mungkin serupa dengan selesema biasa, seperti demam, batuk, bersin. Ini mungkin
menyebabkan ibu bapa susah membezakannya.
Gejala jangkitan virus RSV
• Kanak-kanak akan mempunyai lelah, letih dan sukar untuk bernafas.
• Pernafasan cepat dan bunyi suara kahak. (grok-grok)
• Sangat-sangat batuk.
• Suara bersiul di paru-paru. (kerana pembengkakan selaput lendir saluran pernafasan
dan penyempitan saluran udara)
• Mempunyai banyak kahak
• Mempunyai demam
• Sekiranya anak anda menghidap penyakit seperti asma, alahan, maka harus bawa
berjumpa doktor dengan segera. kerana mungkin gejala akan parah secara cepat dan
mungkin akan mengalami keadaan terhentinya pernafasan beberapa ketika atau
kegagalan pernafasan.
Perlindungan
• Galakkan anak kerap mencuci tangan mereka.
• Sekiranya anak itu sakit, maka harus dipisahkan daripada anak yang lain untuk
mencegah batuk dan bersin menyebarkan jangkitan kepada orang di sekelilingnya.
Walaupun beberapa penyakit mungkin kelihatan teruk tetapi jika dirawat lebih awal,
ia dapat membantu mengurangkan keparahan gejalanya. Oleh itu, jika ibu bapa
mengesyaki bahawa anak kita sakit, sebaiknya segera berjumpa doktor.
65