Page 7 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Prasekolah
P. 7

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Tahap
               Prasekolah

               Manusia  Nasional  dari  Pejabat  Suruhanjaya  Hak  Asasi  Manusia  Nasional  telah  memeterai

               perjanjian kerjasama dalam menggalakkan hak asasi manusia dengan Kementerian Pendidikan
               untuk bersama-sama menghasilkan Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak

               Asasi Manusia. Buku ini berperanan sebagai panduan dalam pengurusan pembelajaran hak
               asasi manusia untuk mengembangkan kualiti pelajar.



                       Bagi mencapai matlamat tersebut, suatu jawatankuasa telah dibentuk melibatkan ahli
               Suruhanjaya  Hak  Asasi  Manusia,  para  guru,  pensyarah  dan  pegawai  dari  Kementerian

               Pendidikan, pensyarah dari Institut Hak Asasi Manusia dan Pendidikan Keamanan, Universiti
               Mahidol  serta  wakil  dari  Yayasan  Friedrich  Nauman  Thailand.  Jawatankuasa  ini

               bertanggungjawab menyediakan  Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak

               Asasi Manusia yang akan digunakan sebagai garis panduan dalam pengurusan pembelajaran
               hak  asasi  manusia  untuk  mengembangkan  kualiti  pelajar  berdasarkan  kurikulum  teras

               pendidikan asas 2551 Be. (2008 M.). Pembelajaran hak asasi manusia ini akan diselitkan dalam
               mata pelajaran kajian sosial, agama dan budaya daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke

               sekolah  menengah.  Pendidikan mengenai  hak  asasi  manusia  turut  akan  dimasukkan dalam
               aktiviti pembelajaran dalam kurikulum Pendidikan Prasekolah (Awal Kanak-kanak) 2560 Be.

               (2017 M.).


                       Proses penyediaan buku panduan ini terdiri daripada beberapa tahap bermula dengan

               pertemuan  bersama  untuk  mengumpulkan  pandangan  dan  buah  fikiran.  Hasil  pandangan
               tersebut seterusnya dibentangkan dan dilakukan penambahbaikan. Beberapa buah bengkel juga

               diadakan untuk mendengar pendapat dan cadangan daripada para guru, pensyarah serta semua

               pihak yang berkepentingan bagi menyusun dan melengkapkan buku panduan tersebut sebaik
               mungkin.  Usaha  ini  diharap  dapat  menjadikan  kanak-kanak  dan  remaja  sebagai  sumber

               kekuatan yang akan memajukan negara pada masa hadapan. Generasi akan datang yang dididik
               dengan  asas  hak  asasi  manusia  diharapkan  mempunyai  pengetahuan,  pemahaman  dan

               kesedaran dalam menghormati maruah manusia, mempercayai  kesaksamaan manusia tanpa

               diskriminasi,  mempercayai  hak  dan  kebebasan  individu  dan  memperlakukan  individu  lain
               sebagai rakan sesama manusia dengan berpegang pada hakikat perbezaan. Prinsip-prinsip yang

               terdapat  dalam  Perisytiharan  Hak  Asasi  Manusia  Sejagat  ini  walaupun  berasal  dari  barat
               sebenarnya  selaras  dengan  nilai-nilai  baik  masyarakat  Thailand  seperti  sifat  kasih  sayang,

               kemurahan hati, suka berkongsi, dan bersatu padu yang sudah menjadi sebahagian daripada
               kehidupan seharian mereka.


                                                                                                        5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12