Page 6 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 6

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah


                       3. Kepercayaan terhadap hak dan kebebasan seseorang individu.


                       4. Memperlakukan terhadap seseorang individu lain sebagaimana sesama manusia.

               Empat prinsip asas hak asasi manusia ini juga merupakan prinsip penting dalam Perisytiharan Hak

               Asasi Manusia Sejagat yang perlu dipelajari dan difahami bersama oleh manusia. Penghayatan ini
               akhirnya membawa kepada penerapan dan penciptaan budaya penghormatan terhadap hak asasi

               manusia dan menerapkannya dalam kehidupan masing-masing. Para guru khususnya memainkan

               peranan sangat penting dalam membina asas yang kukuh dalam masyarakat dengan mendidik
               anak-anak dan belia untuk belajar dan menyedari nilai hak asasi manusia melalui penerapan

               pembelajaran, aktiviti pendidikan dan kehidupan harian.

                       Oleh itu, kepentingan dalam menggalakkan hak asasi manusia adalah selari dengan prinsip

               universal.  Perlembagaan  Kerajaan  Thailand  2560  Be.  (2017  M.)  telah  memperuntukkan

               penubuhan  sebuah organisasi  bebas  iaitu  Suruhanjaya  Hak  Asasi  Manusia  Nasional  yang
               berperanan dan mempunyai kuasa penting di bawah Akta 247 (5) dalam meningkatkan kesedaran

               semua  lapisan  masyarakat  terhadap  kepentingan  hak  asasi  manusia.  Suruhanjaya  tersebut
               mempunyai tugas dan kuasa mengikut undang-undang perlembagaan mengenai Suruhanjaya Hak

               Asasi  Manusia  Nasional  2560  Be.  Akta  27  (1),  (2)  dan  (3)  memberi  peruntukan  dalam

               membangkitkan, menyokong dan bekerjasama dengan seorang  individu, agensi  kerajaan dan
               swasta untuk mengkaji, menyebarkan pengetahuan dan meningkatkan kekuatan hak asasi manusia,

               membangkitkan, menyebarkan kepada anak-anak, belia dan masyarakat umum untuk mewujudkan
               hak asasi manusia masing-masing yang sama dan menghormati hak asasi orang lain yang mungkin

               berbeza dalam budaya, tradisi, kehidupan dan agama.

                       Oleh itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional sebagai badan yang bertanggungjawab

               terhadap hak asasi manusia kebangsaan di  sisi  perlembagaan telah  melihat keperluan untuk

               menggalakkan perkembangan hak asasi manusia dalam kalangan rakyat. Antara usaha untuk
               menggalakkan hak  asasi  manusia adalah  dengan segera  mengadakan garis  panduan secara

               sistematik mengenai hak asasi manusia di institusi pendidikan di seluruh negara. Hal ini boleh
               dilakukan melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab terhadap

               30,000 institusi pendidikan dan mempunyai lebih daripada 400,000 kakitangan yang berfungsi

               untuk menyokong serta memberikan pendidikan asas kepada lebih daripada 7,000,000 orang
               pelajar di negara ini. Oleh itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional dari Pejabat Suruhanjaya


               4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11