Page 5 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 5

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah



                                       PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG


                       “Di tempat yang kecil berhampiran dengan rumah, teramat kecil dan dekat sehingga

                       tidak dapat dilihat dalam peta dunia. Tempat yang sangat kecil itu seperti satu dunia
                       milik individu yang menjadi tempat tinggal, sekolah, atau universiti untuk individu

                       itu belajar; kilang, ladang atau pejabat-pejabat untuk bekerja. Inilah tempat di mana
                       setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak mencari keadilan, peluang dan maruah yang

                       sama tanpa diskriminasi. Sekiranya hak-hak ini tidak bermakna di tempat itu maka

                       hak-hak ini akan mempunyai peranan yang kecil di tempat-tempat lain. Sekiranya
                       warga tempatan tidak saling bertekad untuk melindungi hak ini di tempat mereka,

                       maka sia-sia mereka untuk membina kemajuan di dunia yang sangat luas ini.”

               Pernyataan tersebut diungkapkan oleh Puan Eleanor Roosevelt, isteri bekas Presiden Amerika

               Syarikat, Franklin D. Roosevelt semasa Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Dalam sesi

               Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggotai oleh 48 buah
               negara  dari  seluruh dunia  termasuk  Thailand  telah  meluluskan resolusi  untuk  mengiktiraf

               Perisytiharan Hak Asasi Manusia pada 10 Disember 2491 Be. (bersamaan 1948 M.). Hal  ini
               merupakan titik permulaan selepas Perang Dunia Kedua berakhir yang memperlihatkan negara

               anggota PBB  dari seluruh dunia telah bersatu meluluskan satu dokumen bersejarah, bertujuan
               sebagai bukti dalam melindungi hak asasi manusia bagi warganegara sedunia.


                       Dalam dunia ini, kita hidup berdasarkan kepelbagaian. Tidak kira bangsa, agama, bahasa

               atau budaya, kita mungkin mempunyai fikiran, kepercayaan, taraf, paras rupa dan fizikal yang
               berbeza. Justeru hal ini bukan suatu masalah sehingga menimbulkan kebimbangan bahawa kita

               harus mendiskriminasi, memecah belah atau menghalang antara satu sama lain. Sekiranya situasi
               kepelbagaian ini dianggap semula jadi maka semua dapat hidup bersama dalam kedamaian. Oleh

               itu  kita  harus  berpegang  teguh  pada  nilai  “Hak  Asasi  Manusia”  yang  merupakan moral

               antarabangsa yang terdiri daripada empat prinsip asas. Prinsip-prinsip tersebut bertujuan agar
               manusia harus bertoleransi antara satu sama lain dalam empat perkara iaitu:


                       1. Menghormati maruah kemanusiaan.

                       2. Keyakinan terhadap persamaan seseorang individu tanpa diskriminasi.





                                                                                                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10