Page 7 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 7
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah
Hak Asasi Manusia Nasional telah memeterai perjanjian kerjasama dalam menggalakkan hak asasi
manusia dengan Kementerian Pendidikan untuk bersama-sama menghasilkan Buku Panduan
Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia. Buku ini berperanan sebagai panduan
dalam pengurusan pembelajaran hak asasi manusia untuk mengembangkan kualiti pelajar.
Bagi mencapai matlamat tersebut, suatu jawatankuasa telah dibentuk melibatkan ahli
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, para guru, pensyarah dan pegawai dari Kementerian Pendidikan,
pensyarah dari Institut Hak Asasi Manusia dan Pendidikan Keamanan, Universiti Mahidol serta
wakil dari Yayasan Friedrich Nauman Thailand. Jawatankuasa ini bertanggungjawab
menyediakan Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia yang
akan digunakan sebagai garis panduan dalam pengurusan pembelajaran hak asasi manusia untuk
mengembangkan kualiti pelajar berdasarkan kurikulum teras pendidikan asas 2551 Be. (2008 M.).
Pembelajaran hak asasi manusia ini akan diselitkan dalam mata pelajaran kajian sosial, agama dan
budaya daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Pendidikan mengenai
hak asasi manusia turut akan dimasukkan dalam aktiviti pembelajaran dalam kurikulum
Pendidikan Prasekolah (Awal Kanak-kanak) 2560 Be. (2017 M.). Proses penyediaan buku
panduan ini terdiri daripada beberapa tahap bermula dengan pertemuan bersama untuk
mengumpulkan pandangan dan buah fikiran. Hasil pandangan tersebut seterusnya dibentangkan
dan dilakukan penambahbaikan. Beberapa buah bengkel juga diadakan untuk mendengar pendapat
dan cadangan daripada para guru, pensyarah serta semua pihak yang berkepentingan bagi
menyusun dan melengkapkan buku panduan tersebut sebaik mungkin. Usaha ini diharap dapat
menjadikan kanak-kanak dan remaja sebagai sumber kekuatan yang akan memajukan negara pada
masa hadapan. Generasi akan datang yang dididik dengan asas hak asasi manusia diharapkan
mempunyai pengetahuan, pemahaman dan kesedaran dalam menghormati maruah manusia,
mempercayai kesaksamaan manusia tanpa diskriminasi, mempercayai hak dan kebebasan individu
dan memperlakukan individu lain sebagai rakan sesama manusia dengan berpegang pada hakikat
perbezaan. Prinsip-prinsip yang terdapat dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat ini
walaupun berasal dari barat sebenarnya selaras dengan nilai-nilai baik masyarakat Thailand seperti
sifat kasih sayang, kemurahan hati, suka berkongsi, dan bersatu padu yang sudah menjadi
sebahagian daripada kehidupan seharian mereka.
5