Page 49 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 49

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah



                       6.     Guru dan pelajar bersama-sama buat kesimpulan tentang hubungan, peranan dan

               tugasan ahli dalam keluarga.


                       7.     Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bermain permainan “Buka
               papan untuk meneka jawapan” (เปิดแผ่นป้าย ทายคําตอบ). Setiap kumpulan membaca situasi dalam kertas

               aktiviti 1.1: Siapa sebagai Siapa dalam Keluarga dan menganalisis hubungan ahli dalam keluarga.

               Kemudian setiap kumpulan (secara teratur) perlu memilih kad soalan dan memilih nombor pada
               papan permainan supaya mendapat jawapan yang sesuai dengan kad soalan. Jikalau pelajar buka

               papan dan meneka jawapan yang betul maka mereka akan dapat 1 markah. Jikalau pelajar buka

               papan dan meneka jawapan yang salah maka tidak dapat markah (0 markah).

                       8.     Guru merumuskan pengetahuan dan hasil pertandingan. Guru memberi pujian atas

               kebersamaan dalam membuat aktiviti berkumpulan terhadap kumpulan yang mendapat markah
               tinggi dan memberi semangat bagi kumpulan yang mendapat markah rendah.


                       9.     Pelajar  bersama-sama  merumuskan pengetahuan  berkaitan  struktur,  peranan,

               kepentingan dan hubungan ahli dalam keluarga. Hal  ini adalah sebagai permulaan kehidupan
               dalam masyarakat.


               MEDIA / SUMBER PEMBELAJARAN

                       1.     Klip video bertajuk Lagu Keluarga Bahagia yang diperoleh secara dalam talian.


                       2.     Kertas Aktiviti 1.1: Siapa sebagai Siapa dalam Keluarga.

               UKURAN PENILAIAN


                       1.     Penyertaan dalam aktiviti.


                       2.     Berhujah dalam menjawab soalan.

                       3      Pemberian pendapat.


               CADANGAN

               Pengurusan  aktiviti  pembelajaran, guru  perlu  mempertimbangkan sebahagian  pelajar  yang

               mungkin mempunyai ciri keluarga yang berbeza, seperti keluarga ibu bapa tunggal, keluarga





                                                                                                           33
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54