Page 14 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 14

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah


               dengan  struktur,  peranan, fungsi  anggota  dan  penyertaan dalam  membuat keputusan  serta

               melakukan  aktiviti  dalam  keluarga,  sekolah  dan  masyarakat  mengikut  proses  demokrasi
               menghormati hak kebebasan orang lain.




               2.  GARIS PANDUAN PENGURUSAN AKTIVITI PEMBELAJARAN


               2.1     Pengurusan Persekitaran Pembelajaran


                       2.1.1  Dari sudut persekitaran pembelajaran, guru harus mengatur suasana di dalam kelas
               supaya terkini, menarik dan tidak berulangan. Guru perlu mengatur ruang kelas agar sesuai dengan

               perkara yang diajar dan mempersembahkan hasil kerja pelajar untuk kebanggaan pelajar bagi
               membangkitkan semangat dalam pengajian seterusnya.


                       2.1.2  Dari  sudut  persiapan dalam membuat  aktiviti,  guru  harus  mempelajari buku

               panduan pengurusan aktiviti pembelajaran pendidikan hak asasi manusia untuk difahami dengan
               jelas, menyediakan aktiviti, bahan pembelajaran, pengukuran dan penilaian, serta kaedah membina

               motivasi pelajar untuk menanam minat belajar.

               2.2     Peranan Guru


                       2.2.1  Guru mesti  membina hubungan yang baik  dengan pelajar, mempunyai moral,

               mementingkan sifat kasih sayang dan saling membantu, serta menjadi model kepada pelajar dalam
               pengajian.


                       2.2.2  Guru mesti bersiap sedia sebelum melakukan aktiviti untuk pelajar agar objektif
               pembelajaran yang ditetapkan tercapai.


                       2.2.3  Guru  mesti  menggunakan  teknik  dalam  pengajaran  mengikut  panduan dan
               mungkin  membuat perubahan mengikut kesesuaian pelajar  agar  objektif pembelajaran yang

               ditetapkan tercapai.


               2.3     Ciri-ciri Aktiviti

                       Buku Panduan Pengaturan Pembelajaran ini akan menggunakan pelbagai teknik dan proses

               pembelajaran seperti:





               12
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19