Page 48 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 48

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah


               UNIT PEMBELAJARAN 1                 KELUARGA SAYA


               AKTIVITI 1  Siapa sebagai Siapa dalam Keluarga            Masa  1        Jam.

               STANDARD PEMBELAJARAN / PENGUKURAN


                       Isi pembelajaran 2.2 darjah 1/1 dapat mengetahui struktur, peranan dan tugas ahli
               keluarga dan warga sekolah.


               TUJUAN UNTUK PELAJAR


                       1.     Memahami dan menghargai kepentingan struktur, peranan dan tugas ahli keluarga

                       2.     Menganalisis hubungan ahli keluarga


               CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI

                       1.     Guru mewujudkan suasana dengan bersoal jawab bersama pelajar tentang keluarga

               masing-masing dan bertanya tentang siapakah yang terkandung dalam ahli keluarga mereka?


                       2.     Guru membuat kesimpulan berhubung kepentingan ahli keluarga.

                       3.     Pelajar  menonton  klip  video  mengenai  “Keluarga  Bahagia”  dan  kemudian

               diarahkan menulis kesimpulan pada sehelai kertas kecil  mengenai siapakah yang  terkandung
               dalam ahli keluarga mereka dan apakah hubungan serta kepentingan mereka sebagai ahli keluarga?


                       4.     Guru melukis gambar rajah ahli keluarga di papan tulis dan menerangkan secara

               umum  siapakah yang terkandung dalam ahli keluarga dan apakah hubungan serta kepentingan
               mereka sebagai ahli keluarga?


                       5.     Pelajar  dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru memberikan topi kertas
               dengan tanda tulisan yang menunjukkan hubungan anggota keluarga seperti ibu bapa, datuk,

               nenek, bapa saudara dan emak saudara pada topi dan mengarahkan pelajar bermain peranan

               mengikut situasi berikut:

                              5.1    Ibu bapa menghantar anak ke sekolah.


                              5.2    Cucu membawa datuk dan nenek bersembahyang di kuil.

                              5.3    Pakcik dan makcik mengajak cucu pergi melancong dengan mereka.




               32
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53